Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Monday 31 December 2012

Selamat tinggal tangis dukaku :')

senyum ku menantimu
tapi hati aku pedih
aku tabahkan
kuat ku harungi

aku mula jatuh
tersadai di pukul gelombang biru
namun aku angkat semula
ku renangi jua

aku redha
mula meniti hari baru
senyum yang terukir
dan bersalut luka
aku tempuh

selamat tinggal tangis dukaku
selamat tinggal 2012 :')
tahun yang pahit buatku
aku mula belajar melangkah
sedikit demi sedikit
aku kenal erti kehidupan

tahun ini
aku ingin menjadi lebih dewasa
tak mau ditakuk lama
lebih dekat pada-Nya
aku hanya ada Dia
Dia pengubat luka
Dia melukis senyum tatkala sedih
Dia lah yang memberi segalanya 
Allahuakbar!!..  ;)



Thursday 27 December 2012

Cara Memohon Rebat RM200 Telefon Pintar Smartphone 
( Pakej Komunikasi Belia) Inisiatif  Jalur lebar Negara..

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta. 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti yang berikut: 
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. 

Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang http://nbi.skmm.gov.my/. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat  (Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster).

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa 
Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut..

Borang dalam talian untuk inisiatif ini akan dilancarkan pada 1 JANUARI 2013 
 Sumber : SKMM

Teknik-teknik mengikis keraguan

Anda berasa Ragu???
Kenali teknik-teknik mengikis keraguan anda.. ;)


Kita menyedari tentang pengalaman hidup yang penuh dengan rasa ragu dan bimbang ini. Impian menuju kejayaan dan kecemerlangan hidup sering menuju kegagalan. Hari ini saya terbaca satu cara untuk mengikis keraguan iaitu (no doubt) dalam sebuah majalah. Cara atau teknik tersebut adalah untuk mengetahui secara umum atau secara khusus tentang keraguan yang masih menguasai diri. Antara cara-caranya adalah seperti yang berikut..

Suburkan fitrah diri
     Ikhtiar yang dilakukan diharap agar setiap insan harus diberi ruang dan  peluang untuk kembali kepada fitrah asal dirinya sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya. Fitrah diri ini dikembalikan agar insan dapat menikmati kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia sebelum kembali menemui Pencipta di akhirat.
     Kita menyuburkan ciri-ciri ketuhanan dalam diri (berpandukan nama-nama Allah - Asma'ul Husna) serta membuang ciri-ciri negatif. Kita kembali kepada sifat  hologram (no time, no space). Sempadan waktu dan ruang sering menyebabkan kita berada dalam tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kerisauan dan seumpamanya yang sering dikaitkan dengan sempadan masa dan tempat.
     Sifat hologram ini boleh membuatkan seseorang berasa relak, bebas, tidak tertekan (no tension), tidak rasa kecewa (no feeling), bebas fikiran , bebas perasaan, bebas daripada ikatan masa dan ruang, energy diri menjadi besar. Dalam keadaan ini diharap seseorang akan memperoleh maklumat yang tiada diduga (ilham,petunjuk, atau rezeki) dari Allah.

Kenali keraguan anda
     Keraguan diri berpunca daripada pengalaman hidup negatif yang pernah seseorang alami. Pengalaman itu disuburkan oleh diri sendiri atau oleh environment negatif yang dilalui. Semakin ia disuburkan maka semakin kuat ia menguasai minda, emosi dan spiritual seseorang.
     Cuba selidik bentuk-bentuk keraguan yang ada pada diri anda. Lapangkan sedikit masa untuk lakukan muhasabah diri bagi mengenali musuh diri anda itu. Senaraikan segala keraguan agar anda lebih jelas tentang keraguan yang mahu anda singkirkan daripada diri kita.
     Keraguan itu mungkin berbentuk perkataan yang menggambarkan emosi diri kita seperti "letih", "keliru", "bersalah", "ragu", "kecewa", "meluat", "waspada", "sepi", "bosan", "cemas", "bingung", "marah", "muram" dan sebagainya.
     Keraguan itu mungkin berbentuk peristiwa-peristiwa sedih yang pernah anda alami atau lalui hingga meninggalkan kesan trauma di dalam diri. Anda sukar melupakan trauma itu dan kesan daripada peristiwa itu terbawa-bawa dalam kehidupan anda sekarang.
     Seterusnya, keraguan boleh berkait dengan seseorang insan lain di persekitaran anda. Insan itu mungkin ibu bapa, pasangan hidup, anak-anak, rakan karib, rakan sekerja, bekas kekasih dan sebagainya.
     Hubungan secara negatif dengan insan-insan terbabit telah mencetuskan perbalahan hingga menyebabkan hubungan menjadi renggang, rasa benci, rasa dendam, sukar memaafkan dan lain-lain.

Minta nasihat orang berilmu
     Sebenarnya, bila hidup seseorang telah dikuasai keraguan, maka pelbagai faktor boleh terbabit. Mungkin kita pelukan orang lain untuk membantu kita mengenal pasti keraguan-keraguan yang sering mengganggu diri kita.
     Punca keraguan itu mungkin berlaku ketika usia seseorang masih kecil. Ia sendiri tidak sedar peristiwa itu atau ia sudah melupakannya. Ada yang berpunca daripada orang lain seperti daripada ibu bapa. Dalam situasi ini seseorang telah menjadi mangsa keadaan daripada kesilapan orang lain.
     Perkara yang lebih membimbangkan bila seseorang mewariskan keraguan itu kepada anak-anaknya tanpa disedari. Bibit-bibit keraguan ditanam ke dalam minda, emosi dan spiritual anak-anak lantas menyebabkan keraguan itu menjadi 'harta' yang dipusakai oleh satu generasi ke generasi berikutnya.


"Roh diri yang positif, roh yang dipenuhi dengan segala sifat-sifat mulia (asmaul husna), energi positif cukup besar serta tiada unsur-unsur negatif. Kita merasa diri semakin dekat dengan Allah, dekat dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah. Kita rasa ketenangan, kalapangan dan kebebasan diri yang tinggi sama seperti kita baru dilahirkan ke atas muka bumi ini...."
    

Sunday 23 December 2012

Lirik lagu Adilkah Ini Untukmu - 3 Diva


Ehemm..cam best je lagu nie.. :)

Lirik lagu Adilkah Ini Untukmu - 3 Diva 

Aku memilih dia
Bukan karena cinta padanya
Aku memilih dia
Hanya karena kau tinggalkan aku

Kau tinggalkan aku
Di sini sendiri
Aku memilih dia

Sejak kau khianatiku
Dunia seolah akan runtuh
Dengan memilih dia
Aku mencoba untuk lupakanmu                                                                           
Tuk melupakanmu                                                                                                              Gambar penyanyi: 3 D.I.V.A
Yang menyakitiku
Aku memilih dia

Reff:
Adilkah ini untukku
Atau cukup adilkah ini untuknya
Dia yang selama ini mencintaiku
Dengan tulus dan sepenuh hatinya

Dosakah kini diriku
Yang tak pernah membalas arti cintanya
Karna cinta sejatiku menghilang
Telah habis terbawa olehmu

Dengan memilih dia
Aku mencoba untuk lupakanmu

Tuk melupakanmu
Yang menyakitiku
Aku memilih dia

Repeat reff:
Oh adilkah

Dosakah kini diriku
Yang tak pernah membalas arti cintanya
Karna cinta sejatiku menghilang
Telah habis terbawa olehmu
Terbawa olehmu

Aku memilih dia
Aku memilih dia
Aku memilih dia

Friday 14 December 2012

Ketahui tanda-tanda dan punca-punca Migrain

MIGRAIN 
arghh..sakit kepalaaa..

Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu:


  1. Migrain tanpa aura
  2. Migrain dengan tanda aura
  3. Opthalmoplegic migrain
  4. Status migrain
Tanda-tanda atau simptom bagi setiap jenis migrain:

Migrain tanpa aura
Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis. Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual, serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula amatlah sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Migrain dengan tanda aura
Migrain jenis ini jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jeinis ini berlaku, penghidap akan teras mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan selama beberapa minit.

Opthalmoplegic migrain
Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga menyebabkan mata menjadi juling dan menjadi buta buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, migrain jenis ini terlalu jarang berlaku dan turut mengakibatkan pesakit mengalami hilang pandangan dalam masa beberapa minit. Dalam situasi ini mata akan menjadi sepet sebelum menjadi  juling (retinal migraine).

Status migrain
Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan dan boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat serangan strok . Jika berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah-muntah dan mengalami sakit perut yang berulang-ulang.
"Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti 'severe' iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-duanya. Serangan migrain juga boleh muncul melalui 'local' iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.
Pesakit juga akan mengalami 'pallor' atau situasi berpeluh di mana kebiasaannya pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan migrain yang datang daripada faktor cahaya dan buyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut.

Antara Punca-punca migrain ialah:


  • Tekanan perasaan atau stress.
  • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.
  • Penataan cahaya yang sangat terang.
  • Perubahan cara tidur dan tidak cukup tidur

Thursday 13 December 2012

5 PUNCA terlebih berbelanja

5 PUNCA terlebih berbelanja



Berbelanja untuk diri sendiri tidak ada salahnya, tetapi ia haruslah dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Berikut beberapa alasan yang sering dijadikan sebab mengapa kita sering terlebih dalam soal berbelanja.


1. Perasaan berhak
Ada kalanya kita berbisik mengatakan "Aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah penat bekerja". Maka akhirnya, kita akan berkunjung ke kedai dan membeli cakera padat artis kegemaran ataupun membeli handbag cantik yang berjenama. Ada juga di antara kita yang mementingkan nilai persahabatan dan mahu diterima oleh rakan-rakan. Ini menyebabkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan semata-mata kerana ingin diterima oleh kumpulan.

2. Sedih dan kecewa
Sesetengah kita berbelanja apabila berasa sedih dan kecewa. Ketika bergaduh dengan teman lelaki, rakan atau adik-beradik, kita akan teringin berbelanja, kononnya untuk mengubat kesedihan dan kekecewaan. Dan seringnya kita beranggapan organ lain akan memahami mengapa kita berbelanja untuk menyedapkan perasaan. Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda berkongsi kesedihan dan kekecewaan dengan seseorang yang memahami diri anda.

3. Hobi berbelanja 
Hobi bertujuan untuk memenuhi masa lapang. Dan yang menariknya, ada di antara kita yang mempunyai hobi berbelanja. Tidak dinafikan, berbelanja menjadi hobi kebanyakan rakyat Malaysia. Lihat sahaja di hujung minggu, gedung-gedung membeli belah akan dipenuhi oleh ramami orang yang tidak tahu bagaimana menggunakan masa lapang selain berbelanja. Kita perlu sedar bahawa selain mempunyai hobi berbelanja, ada banyak hobi lain yang lebih bermanfaat.

4. Membeli pada harga tawaran 
Ramai di antara kita yang terperangkap dengan alasan ini. Apabila melihat papan iklan jualan dengan harga tawaran, maka kita akan bersiap sedia untuk pergi membelinya. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan cara menangguhkan pembelian. Pulang ke rumah untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dan kembali semula ke kedai untuk mendapatkan barang yang hanya diperlukan.

5. Menggunakan hutang dan tidak bajet
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menggunakan alasan ini dan tidak kurang juga yang terperangkap dengan alasan ini. Selalunya apabila kekurangan wang, kita akan segera menyelesaikannya dengan menggunakan kad kredit. Untuk mengatasi perangkap ini, adalah bijak jika kita serius mengikuti bajet yang telah diatur.

Wednesday 7 November 2012

DARAH BEKU boleh jadi pembunuh senyap..


Trombeombolisme Vena merupakan keadaan di mana darah beku (trombus) terbentuk di dalam vena. Pengaliran darah melalui vena yang terlibat boleh dihadkan oleh darah beku tersebut dan sekali gus menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit. VTE merangkumi Trombosis Vena dalam (DVT) dan Embolisme Pulmonari (PE).

Apabila darah beku merosakkan vena2 kaki dan menyebabkan kaki tidak selesa serta membengkak, keadaan ini dikenali sebagai DVT. Manakala apabila darah beku itu dibawa oleh aliran darah melalui vena2 kepada paru2 sekali gus menghalang peredaran, keadaan ini dipanggil PE.

SIAPA berisiko mendapat VTE???
terdapat beberapa faktor risiko dapat mngenal pasti sama ada pesakit menghadapi risiko tinggi mendapat VTE. Gabungan vena statis (aliran darah terhenti), kecederaan vaskular, dan hiperkoagulabiliti (kebolehan pembekuan yang meningkat), bermakna pesakit itu berisiko tinggi. Manakala, gabungan dua daripada tiga faktor berakna pesakit itu berisiko sederhana.

Penemuan terbaru MENCEGAH VTE..

Menurut Dr. Jamal Azmi Mohamad, Perunding Ortopedik dan pembedahan Trauma, kematian akibat VTE bole diminimumkan melalui tromboprofilaksis, iaitu dengan penggunaan ubatan yang boleh mengawalnya. Kaedah ini dilakukan terhadap pesakit VTE yang berisiko tinggi.
Katanya lagi, terdapat bukti yang telah menguatkan lagi keperluan bagi menggunakan profilaksis primer bagi mencegah trombosis kerana ia berpotensi menyelamatkan nyawa dan lebih efektif daripada hanya merawat komplikasi yang mungkin berlaku. Paling terkini adalah terapi baru seperti dabigatran etexilate.
Rawatan menggunakan dabigatran etexilate adalah rawatan oral yang senang untuk dilakukan. apabila ini berlaku maka terapi profilaktik bagi mencegah VTE akan menjadi lebih meluas.

Sumber: Migguan Wanita Mei/09

Saturday 27 October 2012

Belajar tersenyum dikala resah,sepi,sedih,kecewa,merana,duka,lara..ia pengubat segalanya..Berserahla pada Tuhan yg Maha Berkuasa..jangan menyerah pada takdir.. ^^

6 PESANAN UNTUK WANITA.


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. 
Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan. 

"Semoga Allah mengampuni dosa-dosa hambaNya ini..amin :') " 




Monday 25 June 2012

Kerna Kau Di Hati
Tika angin bertiup merdu
Terngiang suaramu di benak telinga
Lalu ku mendongak ke arah langit
Hati kuat mengatakan
Aku rindu kau
Amat pahit rasa ini
Untuk di kenang apa jua masa
Mengapa kau kerap dimataku?
Mengapa kau kerap ditelingaku?
Dan mengapa kau kerap di mindaku?
Mungkin aku bukan di hatimu kini
Namun kau tetap utuh di hatiku buat selamanya...

Friday 1 June 2012

JOM buat Terapi Warna !.. ;)

JOM buat Terapi Warna !.. ;)


Warna bukan sahaja merupakan tarikan dalam kehidupan seharian kita. Warna juga merupakan salah satu terapi untuk mengatasi masalah sakit kepala, tertekan dan penat..

adakah anda mengalami masalah-masalah di atas??
Percaya atau tidak, cuba amalkan sebagaimana di sarankan..

MERAH- SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat mengurangkan masalah sakit kepala kerana warna tersebut dipercayai mamapu meningkatkan peredaran darah dan melonjakkan adrenalin. Sekiranya anda sering mengalami masalah sakit kepala, cuba amalkan melihat benda-benda yang berwarna merah.

BIRU- TEKANAN DI TEMPAT KERJA
Kalau anda tertekan dengan bebanan tugasan harian, cuba pandang sesuatu yang berwarna biru kerana warna tersebut diakatakan mampu merangsang suasana tenang, sekali gus dapat mengurangkan tekanan darah. Kalau korang tergolong dalam kelompok sering tertekan, cuba hiaskan meja belajar korang dengan perkakasan berwarna biru.

MERAH JAMBU- INSOMNIA
Pink bukan sahaja memainkan peranan sebagai warna yang romantik, pada masa yang sama ia juga mampu mewujudkan rasa selesa dan suasanan santai. Oleh yang demikian anda adalah amat digalakkan menghiasi bilik tidur dengan warna tersebut kerana secara tidak langsung ia juga membantu mengatasi masalah susah tidur dan insomnia. 

JINGGA- CERIAKAN MOOD
Takde mood? Cuba tengok benda-benda yang berwarna oren kerana ia berupaya mengembalikan tenaga anda.  Kalau anda jenis yang selalu takde mood, selalu2lah memakai pakaian atau aksesori badan yang berwarna oren. Sekurang-kurangnya, ia turut membantu kawan-kawan anda yang takde mood menjadi ceria.

HIJAU- LENYAPKAN LETIH
Difahamkan, hijau adalah warna yang mampu membawa kesan positif terhadap sistem imunisasi badan. Disamping itu, warna tersebut juga berupaya menggalakkan suasana harmoni dalam badan. Sebab itulah ramai yang cakap, kalalu rasa penat cuba halakan pandangna korang pada tumbuhan-tumbuhan atau objek yang berawarna hijau.

Percaya atau tidak??
jom kita cuba sama-sama.. ;)
DipetiK Dari: Majalah KLiK issue 66



Friday 18 May 2012

Tuesday 15 May 2012

My 1st poem in this blog~> "Cinta buat Sang Rindu" 

awak..sy rindu awak..so saya tuliskan puisi yang tak seberapa ni untuk awak..awak bacalah klau awak terbuka blog saya nie.. = (

CINTA BUAT SANG RINDU

Sinaran terik matahari
Tersemarak kasih cinta dan rindu
Nukilan kasih mula bersemi
Setiap rasa diungkap
Buat sang cinta yang dinanti

Sinaran cinta juga membara
Hanya untuk sang rindu
Termatrinya janji
Bersama garis senyuman

Siang pun berakhir
Cahaya mula pudar
Tika malam menjelma
Cahaya bulan pengganti diri
Disinari bersama bintang
Terbitnya sabar
Dalam hati sang cinta dan rindu

Namun
Ia tetap luruh
Kerna awan mula berarak
Apabila  gersangnya keyakinan
Hujan mula membasah
Tatkala wajah sang rindu mula terbayang
Berserah pada takdir Ilahi
Hanya itu yang terdaya..



THE END.."bole komen-komen klau ayat saya merepek al-maklumla budak baru belajar..heee~" E(=



Monday 30 April 2012

Apa itu "Makanan Probiotik"???

Sekali sekala..teringin jugak nak cakap bout kesihatan..hehe..
 Mari kita kenali apa itu "Makan Probiotik"?


Makanan probiotik merupakan makanan tambahan yang bermanfaat untuk kesihatan.  Ia berupaya memantapkan sistem pertahanan tubuh badan kita..


Berikut adalah jenis2 makanan probiotic yang diyakini baik untuk kesihatan:

1.Yogurt

Ia mengandungi kultur hidup semula jadi yang baik untuk tubuh badan.  Jadikan sebagai persediaan sarapan pagi dan elakkan yogurt yang  mengandungi sirap dan gula.
2. Teh Kombucha
Teh yang diperam ni hanya boleh diperolaeh di Asia.  Ia boleh dihidangkan secara panas atau sejuk.  Teh kombucha secara semula jadinya bole meningkatkan tenaga dan proses penghadaman perut.

3. Sup Miso
Satu lagi makanan dari Asia iaitu Sup Misa yang tinggi protein dan probiotik.  Rasanya lazat kerana dihasilkan daripada gabungan tofu dan sayur-sayuran.  Malah, ia juga rendah kalori.

4. Susu Soya
Mengandungi probiotic yang terhad tetapi dengan teknologi terkini, susu soya banyak khasiatnya. Disarankan agar mengambil susu soya yang tertera kultur hidup dan aktif.

5. Sauerkraut
Jangan terkejut apabila jeruk kubis juga merupakan sejenis makan probiotic. Nikmati jeruk kubis dengan sosej daging ayam, salad dan sos khas.


6. Coklat Gelap
Ia bukan je meningkatkan selera makan korang tapi mampu membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik dek kerana kandungan probiotik dan antioksidanya.

7. Buah Zaitun
Sama ada korang meletakkannya di atas piza atau campuran salad, kedua-duanya sangat baik untuk tubuh dan bermanfaat sebagai makanan probiotik tambahan yyang memantapkan sistem pertahanan badan.

8. Kefir
Ia  merupakan antara yogurt dan susu. Korang boleh mencampurkannya bersama buah2 segar bagi tujuan menambahkan lagi selera makan.

Yeah!!..soalan sudah terjawab!..so..selamat mencuba kawan2.. ;)
Dipetik dari: Majalah KLIK isu165

Saturday 14 April 2012

keNapA meSti BinTanG??

Dalam bayak-banyak benda, sudah semestinya saya akan pilih "Bintang"..kenapa??
Sebab..bintang adalah salah satu ciptaan Tuhan yang indah..yang takkan pernah hilang dimata kita..
Saya menganggap bintang sebagai kehidupan saya..kerana apa jua yang berlaku terhadap saya, saya akan mengadu kepada bintang.meluahkan kepada bintang..



"Bintang tak pernah jemu mendengar keluhan saya.."


Ye..bintang tak pernah jemu mendengar keluhan saya..saya senyum menangis semuanya di hadapan bintang..masa yang terluang saya habiskan bersama bintang di malam hari..lalala~

"Mencari buruj???"

Yeah!!..sudah semestinya saya akan mencari buruj!!..itu salah satu hobi saya bersama bintang..antara buruj peberet saya ialah "orion" sbb orion adalah salah satu buruj yg paling mudah di cari, sebab orion ada tali pinggang lebih dikenali sebagai "orion belt". Orion belt adalah tiga bintang yang tersusun mendatar di tengah-tengah buruj orion.nak tau bagaimana bentuk buruj orion?? 

Gambar buruj orion

So, sebab itulah saya memilih bintang..
P/s : "kalau awak rindukan saya..pandanglah ke arah bintang kerana kita sedang melihat bintang yang sama di langit yang sama.." ;)

Tuesday 3 April 2012

Tuesday 20 March 2012

4 musim indh di Korea..

waa..jatuh cinta pulak ngn 4 musim di Korea..agak-agak bile la nk pg Korea nie..huhu..

video: 4 season, 4 sense

Sebenarnya negara Korea mempunyai 4 musim. Antaranya:
~> Musim semi
~> Musim panas
~> Musim gugur
~> Musim sejuk

Musim semi

Selalunya musim semi ini pada bulan March ke Mei di Korea.  Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan pada musim semi ini.  Bagi pecinta alam , musim semi di Korea ini adalah masa yang paling tepat untuk menikmati keindahan tanaman-tanaman hias seperti magnolia, forsythia, dan banyak lagi. 

 Mangnolia

Forsythia 





Pelbagai jenis Festival juga akan di adakan pada musim semi ini seperti Cheongpungho Cherry Blossoms Festival di kawasan tasik Cheongpungho. Terlihat pokok bunga cherry putih yg indah di tasik tersebut..

Cheongpungho Cherry Blossoms Festival dengan latar pemandangan bunga Cherry putih 

Musim panas

Musim panas akan berlangsung antara bulan Jun hingga awal September.  Sementara puncak dari musim panas di Korea sendiri biasanya terjadi di antara masa akhir pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos.  Di musim ini, pelbagai jenis aktiviti pantai yang popular di Korea boleh kita sertai..

Pelbagai jenis sukan pantai di Korea

Musim gugur

Seluruh bunga dan daun-daun akan gugur menghiasi hari-hari yang tenang di Korea.  Musim gugur adalah apabila bulan September hingga November menjelma.  Fetsival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi, dan sebagainya akan diadakan di sana.  Hari thanksgiving juga turut diadakan pada musim tersebut.  hari Thanksgiving adalah salah satu hari perayaan untuk masyarakat di Korea.

Musim sejuk

Musim sejuk di Korea

Musim sejuk di Korea jatuh pada bulan Disember hingga awal bulan Mac.  Di sebahagian Korea, terutama di bahagian utara dan timur Korea, salji turun cukup lebat. Dan biasanya juga, di sinilah para pecinta sukan ski salji menyalurkan kesukaannya bermain ski.

Yeah!!..saya da bersemangat nak menikmati keindahan 4 musim di Korea nie..nak ekot???haha~ ;)




Saturday 25 February 2012

I LOVE ANCORA!!!!!!!!!!!!!!!!!!~


Gembira and proud coz da berjaya mengadakan workshop for our juniorsssS..haha..congratzZ ANCORA group!!..I LOVE ANCORA.. ;)