Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Friday 5 August 2011

kuih!!!!....kuih!!!!...kuih!!!..... nyum~ =)




Assalamualaikum....
Alhamdulillah...akhirnya kita sudah berada di bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan...


bercakap tentang bulan ramadhan..mesti anda semua hanya berfikir tentang makan...saya pun macam tu juga...haha..kalau nak pergi ke baazar ramadhan ataupun tempat yang lain untuk membeli juadah untuk berbuka, kita mesti terfikir nak beli apa waktu dekat baazar nanti...hmmmm....lepas     ni nak beli kuih dulu la....haha


apabila masuknya bulan ramadhan, tentu kita akan terlihat pelbagai jenis kuih-muih yang dijual sama ada di baazar ataupun gerai-gerai yang terdekat.sampai rambang mata nak memilih...nyum....kuih...haha


antara kuih kegemaran saya yang saya tahu adalah kuih ketayap, kuih puteri ayu, kuih kaswi, kole kacang dan banyak lagi...hehe


selalunya kuih pilihan saya di bulan ramadhan adalah donut coklat, kek coklat, popia goreng, kuih koci...hmmmm...rasa nak makan kuih lopes la pulak...jarang betul tengok kuih lopes dijual dekat sarawak ni..huhu


tak tau kuih lopes??? kuih lopes adalah kuih yang berwarna hijau diperbuat daripada pulut dan disalut dengan kelapa kering.cara nak makan..cecah ke dalam kuah..kuah dia adalah gula melaka dicampur dengan gula perang...hehe...da jd resepi...hahahaha

~ini adalah kuih lopes~
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERBUKA PUASA..."