Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Thursday 27 December 2012

Teknik-teknik mengikis keraguan

Anda berasa Ragu???
Kenali teknik-teknik mengikis keraguan anda.. ;)


Kita menyedari tentang pengalaman hidup yang penuh dengan rasa ragu dan bimbang ini. Impian menuju kejayaan dan kecemerlangan hidup sering menuju kegagalan. Hari ini saya terbaca satu cara untuk mengikis keraguan iaitu (no doubt) dalam sebuah majalah. Cara atau teknik tersebut adalah untuk mengetahui secara umum atau secara khusus tentang keraguan yang masih menguasai diri. Antara cara-caranya adalah seperti yang berikut..

Suburkan fitrah diri
     Ikhtiar yang dilakukan diharap agar setiap insan harus diberi ruang dan  peluang untuk kembali kepada fitrah asal dirinya sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya. Fitrah diri ini dikembalikan agar insan dapat menikmati kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia sebelum kembali menemui Pencipta di akhirat.
     Kita menyuburkan ciri-ciri ketuhanan dalam diri (berpandukan nama-nama Allah - Asma'ul Husna) serta membuang ciri-ciri negatif. Kita kembali kepada sifat  hologram (no time, no space). Sempadan waktu dan ruang sering menyebabkan kita berada dalam tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kerisauan dan seumpamanya yang sering dikaitkan dengan sempadan masa dan tempat.
     Sifat hologram ini boleh membuatkan seseorang berasa relak, bebas, tidak tertekan (no tension), tidak rasa kecewa (no feeling), bebas fikiran , bebas perasaan, bebas daripada ikatan masa dan ruang, energy diri menjadi besar. Dalam keadaan ini diharap seseorang akan memperoleh maklumat yang tiada diduga (ilham,petunjuk, atau rezeki) dari Allah.

Kenali keraguan anda
     Keraguan diri berpunca daripada pengalaman hidup negatif yang pernah seseorang alami. Pengalaman itu disuburkan oleh diri sendiri atau oleh environment negatif yang dilalui. Semakin ia disuburkan maka semakin kuat ia menguasai minda, emosi dan spiritual seseorang.
     Cuba selidik bentuk-bentuk keraguan yang ada pada diri anda. Lapangkan sedikit masa untuk lakukan muhasabah diri bagi mengenali musuh diri anda itu. Senaraikan segala keraguan agar anda lebih jelas tentang keraguan yang mahu anda singkirkan daripada diri kita.
     Keraguan itu mungkin berbentuk perkataan yang menggambarkan emosi diri kita seperti "letih", "keliru", "bersalah", "ragu", "kecewa", "meluat", "waspada", "sepi", "bosan", "cemas", "bingung", "marah", "muram" dan sebagainya.
     Keraguan itu mungkin berbentuk peristiwa-peristiwa sedih yang pernah anda alami atau lalui hingga meninggalkan kesan trauma di dalam diri. Anda sukar melupakan trauma itu dan kesan daripada peristiwa itu terbawa-bawa dalam kehidupan anda sekarang.
     Seterusnya, keraguan boleh berkait dengan seseorang insan lain di persekitaran anda. Insan itu mungkin ibu bapa, pasangan hidup, anak-anak, rakan karib, rakan sekerja, bekas kekasih dan sebagainya.
     Hubungan secara negatif dengan insan-insan terbabit telah mencetuskan perbalahan hingga menyebabkan hubungan menjadi renggang, rasa benci, rasa dendam, sukar memaafkan dan lain-lain.

Minta nasihat orang berilmu
     Sebenarnya, bila hidup seseorang telah dikuasai keraguan, maka pelbagai faktor boleh terbabit. Mungkin kita pelukan orang lain untuk membantu kita mengenal pasti keraguan-keraguan yang sering mengganggu diri kita.
     Punca keraguan itu mungkin berlaku ketika usia seseorang masih kecil. Ia sendiri tidak sedar peristiwa itu atau ia sudah melupakannya. Ada yang berpunca daripada orang lain seperti daripada ibu bapa. Dalam situasi ini seseorang telah menjadi mangsa keadaan daripada kesilapan orang lain.
     Perkara yang lebih membimbangkan bila seseorang mewariskan keraguan itu kepada anak-anaknya tanpa disedari. Bibit-bibit keraguan ditanam ke dalam minda, emosi dan spiritual anak-anak lantas menyebabkan keraguan itu menjadi 'harta' yang dipusakai oleh satu generasi ke generasi berikutnya.


"Roh diri yang positif, roh yang dipenuhi dengan segala sifat-sifat mulia (asmaul husna), energi positif cukup besar serta tiada unsur-unsur negatif. Kita merasa diri semakin dekat dengan Allah, dekat dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah. Kita rasa ketenangan, kalapangan dan kebebasan diri yang tinggi sama seperti kita baru dilahirkan ke atas muka bumi ini...."
    

No comments:

Post a Comment