Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Friday 14 December 2012

Ketahui tanda-tanda dan punca-punca Migrain

MIGRAIN 
arghh..sakit kepalaaa..

Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu:


  1. Migrain tanpa aura
  2. Migrain dengan tanda aura
  3. Opthalmoplegic migrain
  4. Status migrain
Tanda-tanda atau simptom bagi setiap jenis migrain:

Migrain tanpa aura
Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis. Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual, serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula amatlah sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Migrain dengan tanda aura
Migrain jenis ini jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jeinis ini berlaku, penghidap akan teras mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan selama beberapa minit.

Opthalmoplegic migrain
Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga menyebabkan mata menjadi juling dan menjadi buta buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, migrain jenis ini terlalu jarang berlaku dan turut mengakibatkan pesakit mengalami hilang pandangan dalam masa beberapa minit. Dalam situasi ini mata akan menjadi sepet sebelum menjadi  juling (retinal migraine).

Status migrain
Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan dan boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat serangan strok . Jika berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah-muntah dan mengalami sakit perut yang berulang-ulang.
"Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti 'severe' iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-duanya. Serangan migrain juga boleh muncul melalui 'local' iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.
Pesakit juga akan mengalami 'pallor' atau situasi berpeluh di mana kebiasaannya pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan migrain yang datang daripada faktor cahaya dan buyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut.

Antara Punca-punca migrain ialah:


  • Tekanan perasaan atau stress.
  • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.
  • Penataan cahaya yang sangat terang.
  • Perubahan cara tidur dan tidak cukup tidur

3 comments:

  1. saya kekadang selalu rasa denyut-denyut kat bahagian belakang kepala ni tapi dua dua belah. but not really sure if tu migrain atau apa. kawan saya kata mungkin saya banyak berfikir. atau terlalu hyper. hrm. migrain ni tak adalah teruk sangat kan? xD

    ReplyDelete
  2. thanks for the information..follow me jgk.. unaaryaan.blogspot.com

    ReplyDelete

  3. Artikel yang menarik mengenai tanda-tanda penyakit migrain. Penyakit migrain boleh dicegah sekiranya kita menjaga kesihatan kita dengan betul seperti mendapat rehat yang cukup, mengamalkan senaman rutin dan menjaga diet kita.

    ReplyDelete