Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Monday 31 December 2012

Selamat tinggal tangis dukaku :')

senyum ku menantimu
tapi hati aku pedih
aku tabahkan
kuat ku harungi

aku mula jatuh
tersadai di pukul gelombang biru
namun aku angkat semula
ku renangi jua

aku redha
mula meniti hari baru
senyum yang terukir
dan bersalut luka
aku tempuh

selamat tinggal tangis dukaku
selamat tinggal 2012 :')
tahun yang pahit buatku
aku mula belajar melangkah
sedikit demi sedikit
aku kenal erti kehidupan

tahun ini
aku ingin menjadi lebih dewasa
tak mau ditakuk lama
lebih dekat pada-Nya
aku hanya ada Dia
Dia pengubat luka
Dia melukis senyum tatkala sedih
Dia lah yang memberi segalanya 
Allahuakbar!!..  ;)



Thursday 27 December 2012

Cara Memohon Rebat RM200 Telefon Pintar Smartphone 
( Pakej Komunikasi Belia) Inisiatif  Jalur lebar Negara..

Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta. 

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti yang berikut: 
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat. 

Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu. Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang http://nbi.skmm.gov.my/. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat  (Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster).

Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.

Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:

  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa 
Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan , anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut..

Borang dalam talian untuk inisiatif ini akan dilancarkan pada 1 JANUARI 2013 
 Sumber : SKMM

Teknik-teknik mengikis keraguan

Anda berasa Ragu???
Kenali teknik-teknik mengikis keraguan anda.. ;)


Kita menyedari tentang pengalaman hidup yang penuh dengan rasa ragu dan bimbang ini. Impian menuju kejayaan dan kecemerlangan hidup sering menuju kegagalan. Hari ini saya terbaca satu cara untuk mengikis keraguan iaitu (no doubt) dalam sebuah majalah. Cara atau teknik tersebut adalah untuk mengetahui secara umum atau secara khusus tentang keraguan yang masih menguasai diri. Antara cara-caranya adalah seperti yang berikut..

Suburkan fitrah diri
     Ikhtiar yang dilakukan diharap agar setiap insan harus diberi ruang dan  peluang untuk kembali kepada fitrah asal dirinya sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya. Fitrah diri ini dikembalikan agar insan dapat menikmati kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia sebelum kembali menemui Pencipta di akhirat.
     Kita menyuburkan ciri-ciri ketuhanan dalam diri (berpandukan nama-nama Allah - Asma'ul Husna) serta membuang ciri-ciri negatif. Kita kembali kepada sifat  hologram (no time, no space). Sempadan waktu dan ruang sering menyebabkan kita berada dalam tekanan, kebimbangan, kekecewaan, kerisauan dan seumpamanya yang sering dikaitkan dengan sempadan masa dan tempat.
     Sifat hologram ini boleh membuatkan seseorang berasa relak, bebas, tidak tertekan (no tension), tidak rasa kecewa (no feeling), bebas fikiran , bebas perasaan, bebas daripada ikatan masa dan ruang, energy diri menjadi besar. Dalam keadaan ini diharap seseorang akan memperoleh maklumat yang tiada diduga (ilham,petunjuk, atau rezeki) dari Allah.

Kenali keraguan anda
     Keraguan diri berpunca daripada pengalaman hidup negatif yang pernah seseorang alami. Pengalaman itu disuburkan oleh diri sendiri atau oleh environment negatif yang dilalui. Semakin ia disuburkan maka semakin kuat ia menguasai minda, emosi dan spiritual seseorang.
     Cuba selidik bentuk-bentuk keraguan yang ada pada diri anda. Lapangkan sedikit masa untuk lakukan muhasabah diri bagi mengenali musuh diri anda itu. Senaraikan segala keraguan agar anda lebih jelas tentang keraguan yang mahu anda singkirkan daripada diri kita.
     Keraguan itu mungkin berbentuk perkataan yang menggambarkan emosi diri kita seperti "letih", "keliru", "bersalah", "ragu", "kecewa", "meluat", "waspada", "sepi", "bosan", "cemas", "bingung", "marah", "muram" dan sebagainya.
     Keraguan itu mungkin berbentuk peristiwa-peristiwa sedih yang pernah anda alami atau lalui hingga meninggalkan kesan trauma di dalam diri. Anda sukar melupakan trauma itu dan kesan daripada peristiwa itu terbawa-bawa dalam kehidupan anda sekarang.
     Seterusnya, keraguan boleh berkait dengan seseorang insan lain di persekitaran anda. Insan itu mungkin ibu bapa, pasangan hidup, anak-anak, rakan karib, rakan sekerja, bekas kekasih dan sebagainya.
     Hubungan secara negatif dengan insan-insan terbabit telah mencetuskan perbalahan hingga menyebabkan hubungan menjadi renggang, rasa benci, rasa dendam, sukar memaafkan dan lain-lain.

Minta nasihat orang berilmu
     Sebenarnya, bila hidup seseorang telah dikuasai keraguan, maka pelbagai faktor boleh terbabit. Mungkin kita pelukan orang lain untuk membantu kita mengenal pasti keraguan-keraguan yang sering mengganggu diri kita.
     Punca keraguan itu mungkin berlaku ketika usia seseorang masih kecil. Ia sendiri tidak sedar peristiwa itu atau ia sudah melupakannya. Ada yang berpunca daripada orang lain seperti daripada ibu bapa. Dalam situasi ini seseorang telah menjadi mangsa keadaan daripada kesilapan orang lain.
     Perkara yang lebih membimbangkan bila seseorang mewariskan keraguan itu kepada anak-anaknya tanpa disedari. Bibit-bibit keraguan ditanam ke dalam minda, emosi dan spiritual anak-anak lantas menyebabkan keraguan itu menjadi 'harta' yang dipusakai oleh satu generasi ke generasi berikutnya.


"Roh diri yang positif, roh yang dipenuhi dengan segala sifat-sifat mulia (asmaul husna), energi positif cukup besar serta tiada unsur-unsur negatif. Kita merasa diri semakin dekat dengan Allah, dekat dengan sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah. Kita rasa ketenangan, kalapangan dan kebebasan diri yang tinggi sama seperti kita baru dilahirkan ke atas muka bumi ini...."
    

Sunday 23 December 2012

Lirik lagu Adilkah Ini Untukmu - 3 Diva


Ehemm..cam best je lagu nie.. :)

Lirik lagu Adilkah Ini Untukmu - 3 Diva 

Aku memilih dia
Bukan karena cinta padanya
Aku memilih dia
Hanya karena kau tinggalkan aku

Kau tinggalkan aku
Di sini sendiri
Aku memilih dia

Sejak kau khianatiku
Dunia seolah akan runtuh
Dengan memilih dia
Aku mencoba untuk lupakanmu                                                                           
Tuk melupakanmu                                                                                                              Gambar penyanyi: 3 D.I.V.A
Yang menyakitiku
Aku memilih dia

Reff:
Adilkah ini untukku
Atau cukup adilkah ini untuknya
Dia yang selama ini mencintaiku
Dengan tulus dan sepenuh hatinya

Dosakah kini diriku
Yang tak pernah membalas arti cintanya
Karna cinta sejatiku menghilang
Telah habis terbawa olehmu

Dengan memilih dia
Aku mencoba untuk lupakanmu

Tuk melupakanmu
Yang menyakitiku
Aku memilih dia

Repeat reff:
Oh adilkah

Dosakah kini diriku
Yang tak pernah membalas arti cintanya
Karna cinta sejatiku menghilang
Telah habis terbawa olehmu
Terbawa olehmu

Aku memilih dia
Aku memilih dia
Aku memilih dia

Friday 14 December 2012

Ketahui tanda-tanda dan punca-punca Migrain

MIGRAIN 
arghh..sakit kepalaaa..

Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala. Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.
Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala. Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.
Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu:


  1. Migrain tanpa aura
  2. Migrain dengan tanda aura
  3. Opthalmoplegic migrain
  4. Status migrain
Tanda-tanda atau simptom bagi setiap jenis migrain:

Migrain tanpa aura
Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis. Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual, serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula amatlah sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Migrain dengan tanda aura
Migrain jenis ini jarang berlaku di mana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jeinis ini berlaku, penghidap akan teras mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan selama beberapa minit.

Opthalmoplegic migrain
Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga menyebabkan mata menjadi juling dan menjadi buta buat sementara waktu.
Walau bagaimanapun, migrain jenis ini terlalu jarang berlaku dan turut mengakibatkan pesakit mengalami hilang pandangan dalam masa beberapa minit. Dalam situasi ini mata akan menjadi sepet sebelum menjadi  juling (retinal migraine).

Status migrain
Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan dan boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat serangan strok . Jika berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah-muntah dan mengalami sakit perut yang berulang-ulang.
"Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti 'severe' iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-duanya. Serangan migrain juga boleh muncul melalui 'local' iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.
Pesakit juga akan mengalami 'pallor' atau situasi berpeluh di mana kebiasaannya pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan migrain yang datang daripada faktor cahaya dan buyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut.

Antara Punca-punca migrain ialah:


  • Tekanan perasaan atau stress.
  • Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman beralkohol.
  • Penataan cahaya yang sangat terang.
  • Perubahan cara tidur dan tidak cukup tidur

Thursday 13 December 2012

5 PUNCA terlebih berbelanja

5 PUNCA terlebih berbelanja



Berbelanja untuk diri sendiri tidak ada salahnya, tetapi ia haruslah dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Berikut beberapa alasan yang sering dijadikan sebab mengapa kita sering terlebih dalam soal berbelanja.


1. Perasaan berhak
Ada kalanya kita berbisik mengatakan "Aku berhak berbelanja untuk diri sendiri setelah penat bekerja". Maka akhirnya, kita akan berkunjung ke kedai dan membeli cakera padat artis kegemaran ataupun membeli handbag cantik yang berjenama. Ada juga di antara kita yang mementingkan nilai persahabatan dan mahu diterima oleh rakan-rakan. Ini menyebabkan kita membeli barangan yang tidak diperlukan semata-mata kerana ingin diterima oleh kumpulan.

2. Sedih dan kecewa
Sesetengah kita berbelanja apabila berasa sedih dan kecewa. Ketika bergaduh dengan teman lelaki, rakan atau adik-beradik, kita akan teringin berbelanja, kononnya untuk mengubat kesedihan dan kekecewaan. Dan seringnya kita beranggapan organ lain akan memahami mengapa kita berbelanja untuk menyedapkan perasaan. Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda berkongsi kesedihan dan kekecewaan dengan seseorang yang memahami diri anda.

3. Hobi berbelanja 
Hobi bertujuan untuk memenuhi masa lapang. Dan yang menariknya, ada di antara kita yang mempunyai hobi berbelanja. Tidak dinafikan, berbelanja menjadi hobi kebanyakan rakyat Malaysia. Lihat sahaja di hujung minggu, gedung-gedung membeli belah akan dipenuhi oleh ramami orang yang tidak tahu bagaimana menggunakan masa lapang selain berbelanja. Kita perlu sedar bahawa selain mempunyai hobi berbelanja, ada banyak hobi lain yang lebih bermanfaat.

4. Membeli pada harga tawaran 
Ramai di antara kita yang terperangkap dengan alasan ini. Apabila melihat papan iklan jualan dengan harga tawaran, maka kita akan bersiap sedia untuk pergi membelinya. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan cara menangguhkan pembelian. Pulang ke rumah untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dan kembali semula ke kedai untuk mendapatkan barang yang hanya diperlukan.

5. Menggunakan hutang dan tidak bajet
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menggunakan alasan ini dan tidak kurang juga yang terperangkap dengan alasan ini. Selalunya apabila kekurangan wang, kita akan segera menyelesaikannya dengan menggunakan kad kredit. Untuk mengatasi perangkap ini, adalah bijak jika kita serius mengikuti bajet yang telah diatur.