Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Wednesday 17 April 2013

Tips Penjagaan Telinga

Menjaga dan merawat kesihatan telinga bukan sekadar membersihakannya dengan putik kapas sahaja. Ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan agar organ pendengaran itu kekal sihat dan bersih. Berikut
adalah tips menjaga telinga yang betul :

1] Kurangkan pengguanaan earphone
    Tanpa disedari, mendengar muzik dengan menggunakan earphone ditambah dengan volume yang terlalu kuat boleh menyebabkan gangguan pada organ pendengaran. Sekiranya telinga terdedah pada kadar kebisingan yang melebihi 100dB selama lebih dari satu jam setiap hari dalam tempoh lima tahun, ia boleh menyebabkan seseorang menderita kehilangan pendengaran kekal.

2] Jauhi dari suasana terlalu bising
    Suasana yang terlalu bising seperti jalan raya, studio muzik, atau menghadiri persembahan konsert juga
boleh memudaratkan lagi keadaan kesihatan pendengaran. Kur
angkan intensitinya adalah antara langkah yang bijak untuk dilakukan.

3] Guna pelindung telinga
    Gunakan alat pembersih telinga yang standard ( jika menggunakan selain putik kapas) atau pelindung telinga ketika bekerja di ruang yang bising, bagi mengelakkan bunyi mesin dan sebagainya.

4] Elak menggunakan jari
    Berhati-hati menggunakan putik kapas ketika membersihkan telinga. Penggunaan putik kapas hanya boleh menjaga kebersihan telinga, oleh itu jauhi dari menggunakan jari atau benda runcing dan tajam untuk membersihkan telinga.
    Meskipun putik kapas antara yang dikatakan pembersih paling efektif, menggunakannya juga perlu dilakukan dengan berhati-hati. Hanya bersihkan bahagian daun telinga dan rongga luar sahaja. Elakkan menggunakan hingga ke dalam lubang telinga kerana ia hanya mendorong kotoran telinga masuk ke tempat lebih dalam dan terkumpul, lama-kelamaan ia akan menyebabkan radang telinga.

5] Guna tuala lembut 
    Cara yang selamat membersihkan telinga adalah dengan menggunakan tuala lembut yang direndam di dalam air hangat. Kemudian, bersihkan bahagian luar dari lubang telinga secara perlahan-lahan.
6] Buat pemeriksaan
    Pastikan ada memeriksa kesihatan telinga anda pada doktor sekurang-kurangnya setahun sekali.

2 comments:

  1. bagusnya adik ni. letak info2 berguna kat blog. akak follow ya. jom follow blog akak jgk ^_^

    http://mommy-yana.blogspot.com/

    salam kenal!

    ReplyDelete
  2. thanks akak!! ;) owkey dah follow..hehe

    ReplyDelete