Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Wednesday 10 March 2021

Nak Cari Kerja? Ada Kelulusan Degree? Perlukah Aku Memilih Kerja??

 Assalamualaikum & salam ceria ^^

Alhamdulillah setelah 7 tahun tak menulis akhirnya saya menulis semula panjang-panjang sebab nak share satu pengalaman saya yang patut saya bangga-banggakan sekarang. ceyhhhhhhh! 

Mungkin ramai yang sedang berusaha cari kerja sekarang ni lebih-lebih lagi apabila kita dikejutkan dengan Pandemik Covid-19 yang menular dan agak membimbangkan seluruh dunia sekarang. InsyaAllah saya harap dengan entri saya kali ini dapat membantu kawan-kawan yang sedang berusaha mencari pekerjaan sekarang.

Awal dimaklumkan bahawa ini hanya padangan berdasarkan pengalaman saya ya. Please jangan kecam wahai netizen-netizen. :)

Untuk menjawab soalan bagi tajuk entri saya kali ini, jawapan saya adalah "tidak perlu memilih kerja" jika anda telah belajar sekian lama demi mendapatkan degree. Kenapa saya cakap macam tu? Sebabnya sekarang ni kerja tak cari awak pun dik.. Awak yang kena berusaha cari kerja.. :)

Masa mula-mula lepas saya habis degree dulu, ada terfikir juga nak memilih kerja yang sesuai dengan kelayakan. Buka mata tengok laptop sebelum tutup mata nak tidur pun tengok laptop dulu sebab nak cek dan cari kerja yang sesuai dengan kelayakan. Banyak juga dapat jemputan temuduga daripada sektor kerajaan sampailah yang dalam sektor swasta sampaikan temuduga sebagai dj radio pun saya pergi je walaupun agak rasa memalukan diri sendiri sampai insof tak nak dengar radio sebulan lebih dikk..😭

At the end saya memilih untuk memohon apa saja kerja, pendek kata semua jenis kerja saya mohon jela janji saya ada kerja. Kemudian, saya pergi temuduga kerja sebagai kerani penerimaan(receiving clerk) di sebuah pasaraya. Ingatkan temuduga kerja dekat pasaraya ni senang yela sebab guna SPM jee dik. Haha.. Dia punya temuduga siap ada exam lepastu soalan math yang panjang esei tu yang memeningkan tu macam soalan SPA pun ada jugak. Hahaha.. semuanya dalam 30 soalan untuk dijawab dalam masa 15 minit kalau tak silap laa sebab dah lama kejadian tu. Tapi soalan dia memang dijamin banyak dan agak memeningkan. 

Lepas habis exam tu, kena ready pulak untuk sesi temuduga bersama pegawai sumber manusia mereka. Alhamdulillah, soalan dia macam soalan yang selalu saya jawab masa temuduga yang saya banyak hadir sebelum ni. Jawapan saya pun sama je macam yang saya jawab dalam temuduga sebelum ni. Hahaha.. dan Alhamdullillah akhirnya saya dapat tawaran kerja di pasaraya tapi lepas tu ada macam orientasi dan training untuk pekerja baru. Banyak benda jugakla kena belajar lepastu ada lagi exam bertulis dengan sistem. Adoiiiiii bisa my head... *_*"

Okaylah nak cerita panjang-panjang pun tak guna. Nak dipendekkan cerita saya lulus semua exam tu kalau tak lulus kau belajar lah balik repeatla balik dikk..Hahahahahaha.. Lepas saya dapat kerja kat pasaraya tu, misi saya sebagai jobhunter belum selesai lagi sebenarnya. Saya memang dah berazam yang saya tak akan berhenti sampai situ je. Apa guna saya belajar lama-lama perabis duit parents buat loan PTPTN pulak tu nak kena bayar balik tau bukan semudah tu. Dengan kerja dan gaji hanya sebanyak RM950 sebulan tak cukup bagi saya even saya stay asrama balik every weekend still kena bayar asrama jugak sebulan RM70 tak termasuk lagi duit bagi kat parents dan bayar "hutang" PTPTN.

Tapi sebenarnyakan, pada pendapat saya kalau kita buat loan PTPTN sebenarnya akan menaikkan lagi semangat kita untuk cari kerja sebab tu dah dikira komitmen awal kita lepas belajar tau. Kalau tak ada kerja macam mana nak bayar? nak suruh parents tolong bayar? adoiii malunyaaaa lahaiii nak mintak duit.  

Okay, sambung balik cerita jobhunting saya ni. Saya banyak mohon kerja lain lagi sebenarnya lepas saya dapat kerja dekat pasaraya tu. Kadang-kadang saya sampai escape sekejap sebab nk pergi temuduga*tettt off record* tapi tak sia-sia jugakla saya escape atleast saya dapat juga tawaran kerja tu tapi saya reject sebab tu kerja shift saya lebih prefer kerja office hours macam kerja kerani yang saya tengah kerja tu. And last sekali saya dapat tawaran kerja sebagai Personal Assistant(PA) yela bahasa melayu setiausaha lah ye. Alhamdulillah :)

Yang bestnya tempat kerja saya tu dekat je dengan rumah dah tak perlu sewa asrama bagai dah. Start je enjin kereta ayah (pinjam) then lepas 7 ke 10 minit sampai ofis dah. Saya apply kerja ni pakai degree saya tapi kalau mengikut kadar gajinya yang hanya RM1,200 + elaun fon RM100 = RM1,300 sebulan mungkin untuk diploma jela but its okay tu adalah permulaan saya sebagai PA kepada General Manager dan banyak benda saya perlu belajar walaupun saya pernah ambil diploma pengurusan pejabat. 

Nak tau lagi apa jadi lepastu? Kita tungu next entri pulak ya..*dah macam drama lah pulak* 😜

Akhir kata... "sila rujuk gambar di bawah" wassalam... ^^








Friday 18 April 2014

Migrain??? Cara untuk mengatasi.. ^^

Assalamualaikum..hai sekian lama saya tidak muncul di sini. :)
Sebelum ini saya pernah post mengenai tanda-tanda serangan migrain. Memandangkan salah seorang daripada pembaca blog saya ini ingin mengetahui cara-cara untuk mengatasi migran, so saya cuba untuk buat research dan post entry mengenai migrain ini semula untuk pembaca tersebut dan pembaca-pembaca yang lain. Jika ada tersalah silap pada entry saya ini harap dimaafkan dan diperbetulkan.

Cara-cara untuk mengatasi migrain:
Serangan migrain mungkin juga adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian. Berikut adalah antara cara-cara yang boleh diusahakan untuk mengatasi serangan migrain:

1. Tidur yang cukup

 Jangan bebani hari anda dengan melakukan kerja tanpa mengambil masa untuk berehat dan makan. Ambil masa yang ada dan cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Sebaiknya tidur 6 hingga 8 jam sehari. Rehatkan otak anda dan serahkan segalanya kepada mekanisma tidur.


2. Bersenam

Sesetengah berpendapat bahawa bersenam mampu mencegah serangan migrain. Berjoging dan senaman ringan seperti aerobik, berjalan, menaiki tangga bole membantu anda mengatasi serangan migrain.

3. Meditasi
Meditasi adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi serangan migrain. Stress juga bole menyebabkan anda cenderung kepada migrain. Jadi, duduk dengan menyilangkan kaki anda secara selesa dan pejamlah mata seketika. Lupakan segala masalah, fikirkan yang anda sedang berada di suatu tempat yang aman seperti taman, tepi pantai, atau tempat yang tenang bagi anda dan senyum. :)

4. Menjaga pemakanan


Pakar pemakanan dan naturopati, Max tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Anda juga harus berhati-hati dengan kafein kerana ia boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Amalkan minum air kosong yang cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta teh herba. Tekanan darah tinggi juga boleh cenderung kepada serangan migrain. Justeru itu, kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian anda. Pengambilan makanan segera juga harus dititik beratkan kerana kandungan bahan kimia didalamnya juga salah satu penyebab anda terkena serangan migrain.


Kepada yang muslim, anda juga boleh mengurangkan migrain anda dengan bersujud(bertafakur) selama 5 minit selepas solat subuh ataupun mengamalkan ayat 
Al-Quran di bawah:


InsyaAllah..migrain akan berkurang dan hilang..^^


Thursday 17 April 2014

Lirik lagu percayalah - Indah AF


Aku masih mampu meneruskan hidupku 
Hanya karena jaanjimu
Yang tulus mencintaiku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Aku kan setia selalu selamanya

Percayalah percayalah
Walau dimana dirimu
Hatiku hanya untukmu
Percayalah percayalah 
Sejauh mana dirimu
Ku ingin kau tahu
You always in my heart

Aku takkan sanggup 
Bila tak bersamamu
Kerna ku yakin dirimu
tercipta hanya untukku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Akukan setia selalu selamanya

Percayalah percayalah
Walau dimana dirimu
Hatiku untukmu
You always in my heart
Sejauh mana dirimu
Ku ingin kau tahu 
You always in my heart... <3