Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Tuesday, 20 March 2012

4 musim indh di Korea..

waa..jatuh cinta pulak ngn 4 musim di Korea..agak-agak bile la nk pg Korea nie..huhu..

video: 4 season, 4 sense

Sebenarnya negara Korea mempunyai 4 musim. Antaranya:
~> Musim semi
~> Musim panas
~> Musim gugur
~> Musim sejuk

Musim semi

Selalunya musim semi ini pada bulan March ke Mei di Korea.  Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan pada musim semi ini.  Bagi pecinta alam , musim semi di Korea ini adalah masa yang paling tepat untuk menikmati keindahan tanaman-tanaman hias seperti magnolia, forsythia, dan banyak lagi. 

 Mangnolia

Forsythia 





Pelbagai jenis Festival juga akan di adakan pada musim semi ini seperti Cheongpungho Cherry Blossoms Festival di kawasan tasik Cheongpungho. Terlihat pokok bunga cherry putih yg indah di tasik tersebut..

Cheongpungho Cherry Blossoms Festival dengan latar pemandangan bunga Cherry putih 

Musim panas

Musim panas akan berlangsung antara bulan Jun hingga awal September.  Sementara puncak dari musim panas di Korea sendiri biasanya terjadi di antara masa akhir pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos.  Di musim ini, pelbagai jenis aktiviti pantai yang popular di Korea boleh kita sertai..

Pelbagai jenis sukan pantai di Korea

Musim gugur

Seluruh bunga dan daun-daun akan gugur menghiasi hari-hari yang tenang di Korea.  Musim gugur adalah apabila bulan September hingga November menjelma.  Fetsival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi, dan sebagainya akan diadakan di sana.  Hari thanksgiving juga turut diadakan pada musim tersebut.  hari Thanksgiving adalah salah satu hari perayaan untuk masyarakat di Korea.

Musim sejuk

Musim sejuk di Korea

Musim sejuk di Korea jatuh pada bulan Disember hingga awal bulan Mac.  Di sebahagian Korea, terutama di bahagian utara dan timur Korea, salji turun cukup lebat. Dan biasanya juga, di sinilah para pecinta sukan ski salji menyalurkan kesukaannya bermain ski.

Yeah!!..saya da bersemangat nak menikmati keindahan 4 musim di Korea nie..nak ekot???haha~ ;)




1 comment:

  1.  JOM MELANCONG
    Pakej MURAH SANGAT !!! (V3.0 Post)

    TERBANG KE KOREA

    Oleh kerana sambutan hangat dari rakan-rakan, kami TERPAKSA membuka pakej baru untuk ke KOREA

    JANGKAAN WAKTU PERCUTIAN (Disember 2015)

    PAKEJ C:
    KOREA
    6H4M
    TIKET KAPAL TERBANG
     PAKEJ TERMASUK (PENGANGKUTAN DI KOREA, HOTEL,MAKAN)
    👬PEMANDU PELANCONG
    👬MINIMUM 20 orang

    💵 HARGA PAKEJ = RM990/SEORANG


    *****************************

    ✅Terma & Syarat
    Tempahan dibuka bermula (4/10/2014 hingga 22/10/2014)
    Pihak syarikat akan MEMULANGKAN SEMULA DUIT TEMPAHAN sekiranya percutian terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
    Minimum tempahan untuk pakej:
    🚩Pakej : 20 orang
    Syarikat kami(LiGand Resorces) adalah COUNSULTANT yang menguruskan PERCUTIAN ini bersama Travel Agency yg berdaftar & terpilih


    *DUIT POKET SUMBANGAN SYARIKAT TERTAKLUK KEPADA TERMA & SYARAT

    ✅Sebarang pertanyaan boleh berhubung Cik Hanis
    nizasza@gmail.com

    ReplyDelete