Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Friday 18 April 2014

Migrain??? Cara untuk mengatasi.. ^^

Assalamualaikum..hai sekian lama saya tidak muncul di sini. :)
Sebelum ini saya pernah post mengenai tanda-tanda serangan migrain. Memandangkan salah seorang daripada pembaca blog saya ini ingin mengetahui cara-cara untuk mengatasi migran, so saya cuba untuk buat research dan post entry mengenai migrain ini semula untuk pembaca tersebut dan pembaca-pembaca yang lain. Jika ada tersalah silap pada entry saya ini harap dimaafkan dan diperbetulkan.

Cara-cara untuk mengatasi migrain:
Serangan migrain mungkin juga adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai alergik atau sensitif kepada beberapa makan yang diambil, atau bahan kimia yang sering digunakan seharian. Berikut adalah antara cara-cara yang boleh diusahakan untuk mengatasi serangan migrain:

1. Tidur yang cukup

 Jangan bebani hari anda dengan melakukan kerja tanpa mengambil masa untuk berehat dan makan. Ambil masa yang ada dan cuba untuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Sebaiknya tidur 6 hingga 8 jam sehari. Rehatkan otak anda dan serahkan segalanya kepada mekanisma tidur.


2. Bersenam

Sesetengah berpendapat bahawa bersenam mampu mencegah serangan migrain. Berjoging dan senaman ringan seperti aerobik, berjalan, menaiki tangga bole membantu anda mengatasi serangan migrain.

3. Meditasi
Meditasi adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengatasi serangan migrain. Stress juga bole menyebabkan anda cenderung kepada migrain. Jadi, duduk dengan menyilangkan kaki anda secara selesa dan pejamlah mata seketika. Lupakan segala masalah, fikirkan yang anda sedang berada di suatu tempat yang aman seperti taman, tepi pantai, atau tempat yang tenang bagi anda dan senyum. :)

4. Menjaga pemakanan


Pakar pemakanan dan naturopati, Max tomlinson menasihatkan supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan dan pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Anda juga harus berhati-hati dengan kafein kerana ia boleh menyebabkan saluran darah membesar dan sakit kepala di bahagian epik. Amalkan minum air kosong yang cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta teh herba. Tekanan darah tinggi juga boleh cenderung kepada serangan migrain. Justeru itu, kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian anda. Pengambilan makanan segera juga harus dititik beratkan kerana kandungan bahan kimia didalamnya juga salah satu penyebab anda terkena serangan migrain.


Kepada yang muslim, anda juga boleh mengurangkan migrain anda dengan bersujud(bertafakur) selama 5 minit selepas solat subuh ataupun mengamalkan ayat 
Al-Quran di bawah:


InsyaAllah..migrain akan berkurang dan hilang..^^


Thursday 17 April 2014

Lirik lagu percayalah - Indah AF


Aku masih mampu meneruskan hidupku 
Hanya karena jaanjimu
Yang tulus mencintaiku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Aku kan setia selalu selamanya

Percayalah percayalah
Walau dimana dirimu
Hatiku hanya untukmu
Percayalah percayalah 
Sejauh mana dirimu
Ku ingin kau tahu
You always in my heart

Aku takkan sanggup 
Bila tak bersamamu
Kerna ku yakin dirimu
tercipta hanya untukku
Aku mencintaimu
Aku menyayangimu
Akukan setia selalu selamanya

Percayalah percayalah
Walau dimana dirimu
Hatiku untukmu
You always in my heart
Sejauh mana dirimu
Ku ingin kau tahu 
You always in my heart... <3