Social Videos Downloader

Translate this blog content ;)

Wednesday 7 November 2012

DARAH BEKU boleh jadi pembunuh senyap..


Trombeombolisme Vena merupakan keadaan di mana darah beku (trombus) terbentuk di dalam vena. Pengaliran darah melalui vena yang terlibat boleh dihadkan oleh darah beku tersebut dan sekali gus menyebabkan pembengkakan dan rasa sakit. VTE merangkumi Trombosis Vena dalam (DVT) dan Embolisme Pulmonari (PE).

Apabila darah beku merosakkan vena2 kaki dan menyebabkan kaki tidak selesa serta membengkak, keadaan ini dikenali sebagai DVT. Manakala apabila darah beku itu dibawa oleh aliran darah melalui vena2 kepada paru2 sekali gus menghalang peredaran, keadaan ini dipanggil PE.

SIAPA berisiko mendapat VTE???
terdapat beberapa faktor risiko dapat mngenal pasti sama ada pesakit menghadapi risiko tinggi mendapat VTE. Gabungan vena statis (aliran darah terhenti), kecederaan vaskular, dan hiperkoagulabiliti (kebolehan pembekuan yang meningkat), bermakna pesakit itu berisiko tinggi. Manakala, gabungan dua daripada tiga faktor berakna pesakit itu berisiko sederhana.

Penemuan terbaru MENCEGAH VTE..

Menurut Dr. Jamal Azmi Mohamad, Perunding Ortopedik dan pembedahan Trauma, kematian akibat VTE bole diminimumkan melalui tromboprofilaksis, iaitu dengan penggunaan ubatan yang boleh mengawalnya. Kaedah ini dilakukan terhadap pesakit VTE yang berisiko tinggi.
Katanya lagi, terdapat bukti yang telah menguatkan lagi keperluan bagi menggunakan profilaksis primer bagi mencegah trombosis kerana ia berpotensi menyelamatkan nyawa dan lebih efektif daripada hanya merawat komplikasi yang mungkin berlaku. Paling terkini adalah terapi baru seperti dabigatran etexilate.
Rawatan menggunakan dabigatran etexilate adalah rawatan oral yang senang untuk dilakukan. apabila ini berlaku maka terapi profilaktik bagi mencegah VTE akan menjadi lebih meluas.

Sumber: Migguan Wanita Mei/09